"Detik demi detik,minit demi minit,jam demi jam,hari demi hari,tahun demi tahun terus berlalu.Kita hidup dalam kenikmatan,kegembiraan,kebahagiaan,gelak ketawa,senda gurau silih berganti.Tanpa kita sedari kita mendekati kematian,semakin dekat dan dekat,tiada yang mampu menghalang mati itu menghampiri kita.Mati adalah pemutus kenikmatan dan kasih sayang keluarga,saudara mara,rakan-rakan dan sekalian manusia.
Mati kemuncak kesakitan,yang tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan kita yang lemah.Roh kita direntap oleh hamba Allah yang sangat taat iaitu Izrail,tanpa sedikit pun penangguhan yang akan diberikan.Ketika roh dicabut,tinggallah kita seorang diri menanggung kesakitan,kesakitan yang kita lupakan masa hidup,kesakitan yang kita tidak bersedia menghadapinya,kesakitan yang dahulu kita persendakan.Sebesar-besar penyesalan menyelubungi kita ketika itu.Mengapa dahulu aku melakukan maksiat?? Mengapa aku persendakan orang lain?? Mengapa aku melakukan kejahatan kepada orang lain ?? Mengapa dulu aku tidak mahu melakukan kebaikan?? ,persoalan ini akan menyelubungi kita ketika itu.Sama sekali tidak ada gunanya untuk kita menjawab soalan itu,kerana bukan lagi mulut kita yang akan menjawab,tetapi amalan kita yang akan menjawab.
Jika banyak amalan baik,maka mudah untuk menjawab,tetapi jika hanya sedikit kebaikan maka akan cemas,jika banyak kejahatan maka akan sengsara.
Bila-bila masa dari detik ini,mati akan datang kepada kita,tidak kira usia,tidak kira di mana,tidak kira bulan apa,dan tidak kira hari apa.Bersedialah wahai setiap tetamu kematian.
*SHAHRUL*
*4:52pm*
No comments:
Post a Comment