Tuesday, June 16, 2015

Mencari Identiti Diri

Kelmarin 13/06/15 seharian aku keluar.aku keluar bertujuan mencari siapa diri aku.Dan telah aku kenali..ku melangkah keluar dari rumah seawal 10:30 pagi.ku bergerak menuju ketempat yang sering ku kunjungi.di awal perjalanan kuterlihat ada ranting kayu ditepi jalan.tapi mengapa berat hati aku untuk mengalihkan nya.padahal ia mungkin akan mmberi kebaikan pada orang lain yang lalu lalang disitu.mungkin dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tak diingini..desakan hati kuat menyuruh aku berpatah balik..dan aku berusaha berpatah balik tapi hakikat nya.bila aku lalu semula disitu hati dan otak arah untuk berhenti tapi badan dan perasaan malu menangkis arahan dari hati...mengapa bgitu mudah perasaan menangkis aku lakukan kebaikan.mengapa perlu malu pada manusia hakikatnya kita perlu malu pada Allah.Malu kerna tak mahu buat kebaikan.itu yang sepatut nya aku lakukan..Amat menyedihkan. Aku meneruskan perjalanan dengan penuh penyesalan.Sepanjang perjalanan, macam macam bermain difikiran. Kematian jangan cakaplah, memang Always.pelbagai rancangan kurencanakan.pelbagai perkara bermain difikiran.itu dan ini.dan perasaan jgan cakaplah bercampur baur.kususur perjalanan ku haritu dengan penuh penghayatan.melihat ciptaan tuhan yang indah dan kekadang merasa sebak dan hampir aku menitiskan air mata.sungguh besar kekuasaan Allah.dan aku terfikir,mengapa aku dustakan nikmat Allah yang selama ini Allah kurniakan pada aku.yang hanya sekadar pinjaman. Sehinggalah aku tiba ditempat yang aku tuju.Aku melangkah dengan penuh keinsafan.

Memang udah lama aku aku berniat untuk beriktikaf di Masjid itu. Ya masjid. Masjid di pulau melaka.yang di kenali sebagai Masjid Selat.sungguh indah permandangan.kedudukan masjid yang berada ditepi laut membuatkan permandangan amat syahdu.kumulakan amalan ku dengan amalan amalan sunat.keinsafan yang cukup dalam kurasai.sungguh kerdil kurasa diri ini.terlalu banyak kejahilan yang kulakukan..baru ku sedar selama ini hidupku penuh kegelapan.ku bertekad untuk keluar menuju kejalan yang lurus.jalan yang pasti bersandarkan Al-Quran dan Sunnah.kuteruskan dengan zikir zikir memuji Allah.menitis air mata ku ketika mengucap zikir yang amat kukenali yang biasa kudengar ketika kecil.ya kenal amat.tergiang giang di telinga alunan itu.bila ku alunkan mengikut alunan nya sebak terasa.kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH yang kudengar ketika kecil yang ibu dodoikan ketika hendak tidurkan ku.sayu hati hanya tuhan saja tahu.aku amat menyayangi ibu.dialah ratu dihatiku.tiada pengganti.selesai sagala amalan sunat dan zikir kulakukan.


Ku ambil masa untuk aku bersendirian.aku membawa diri ke tempat biasa aku memancing(berdekatan dengan masjid).ku renung semua ciptaan tuhan.sungguh banyak nikmat Allah.kurenung segala dosa yang pernah ku buat baik pada Allah dan juga manusia.mengalir air mata keinsafan.tanpa henti ku mengadu pada Allah.Aku takut, kerna kurasakan kematian semakin menghampiri.seakan beberapa saat saja lagi.. Hasil yang aku dapat pada hari itu teramat sangat bermakna.kini aku kenal siapa diri aku.aku harus bangkit, harus keluar dari dunia yang penuh kegelapan, penuh kejahilan.sudah lewat kurasa.ku harus tinggal semuanya.ya semuanya..moga Allah sentiasa memberiku hidayah yang berpanjangan dan ku sentiasa beristiqomah dalam setiap amalan kebaikan ku.In Shaa Allah.


 #usia kita singkat, jangan singkatkan dengan kelalaian dan tipu daya dunia.
*Shahrul
masjid selat melaka
:-)
indah sungguh ciptaan ALLAH
cantik....
tempat ku merenung...
permandangan dari jarak jauh
aku suka akan laut...tenang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...