Friday, April 22, 2016

Marilah kita renung-renungkan dan fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat utk semua termasuk DIRIKU

Assalamualaikum.....

FIKIR FIKIR KAN....

Kosongkan jiwa.....
Tenangkan fikiran....
Baca perlahan2 dan dengan tenang.....
Mudah2an akan peroleh manfaat.

Bismillahirrohma nirrohim...

Fikirkan seandainya hari ini hari terakhir kita hidup di dunia ini....

Ini bermakna....
Hari ini kita akan merasa dan akan mengenal apa itu sakaratul maut...

Kesakitan yg tiada tolok bandingnya....
Roh akan berpisah dengan jasad....

Kita akan tingalkan segala2 nya....
Akan lenyap segala yg dicita2kan dan yg di angan2kan di dunia ini....

Malah akan lenyap dgn sekelip mata,
Segala yg kita miliki....

Org yg di sayangi....
Isteri.... anak2..... mak ayah.... saudara mara.....
Sahabat serta rakan2....

Selamat tingal wahai harta...
Selamat tingal pangkat dan darjat....
Selamat tingal kepandaian dan segala kemuliaan....
Selamat tingal kehebatan dan segala kelebihan...

Maka... tamat lah sudah perjuangan...
Habis lah sudah segala tangung jawab dan kesemua yg di amanahkan oleh Allah untuk kita semasa di dunia....

Yg menemani kita hanyalah amal soleh yg sempat kita perbuat semasa hayat di dunia...

Itupun jika kita lakukan dgn benar2 ikhlas kerana Allah...

Sekiranya kebaikan yg dilakukan tanpa ikhlas...
Tanpa iman dan akidah yg lurus...

KESEMUANYA AKAN JADI SIA2...

DAN..........

Esok.... akan bermula kehidupan kita di alam barzakh....

Satu kehidupan yg sangat panjang....
Menerima habuan atas perkara yg kita usehakan di dunia ini....
Alam barzakh adalah pintu akhirat....

SUDAHKAH KITA BENAR2 BERSEDIA UNTUK KE ALAM BARZAKH.......
TIADA YG MUSTAHIL.....

Kerana tiada siapa pun yg berani mengatakan dgn yakin.....
Bahawa esok masih lagi berpeluang untuk hidup.

MAKA ITU.....

Marilah kita gunakan kesempatan waktu yg masih berbaki ini...

Untuk melakukan kebaikan semaksimum mungkin antara sesama makhluk...
Dgn benar2 ikhlas...

Agar kita tidak menyesal sebelum di jemput pulang ke kg halaman kita di akhirat...

Tempat kediaman kekal abadi selama2nya....

CARI DAN KUMPULKAN LAH PERKARA YG KITA BAKAL BAWA....
AGAR KITA BERUNTUNG DI AKHIRAT.

JANGAN CARI DAN KUMPULKAN PERKARA YG BAKAL DI TINGALKAN...
KERANA IANYA AKAN DIHISAB DI AKHIRAT.

Ya Allah wahai Rab yang memegang jiwaku.
Aku lemah Ya Allah.
Allah!
Aku lemah ya Allah.
Aku ingin kembali padaMu.
Aku ingin jadi hamba yang sentiasa taat kepada segala perintahMu.
Tapi aku tak mampu Ya Allah.
Allah!
Bantulah aku Ya Allah.
Aku tak mampu!
Aku lemah!
Aku tak layak jadi hambaMu.
Ya Allah ampunkan kesalahan-kesalahanku.
Bimbinglah aku Ya Allah!
Bimbinglah aku dengan pelukan kasih sayangMu!
Aku ingin kembali padaMu!
Ya Allah aku lemah..

Ya Allah
Aku tak sanggup melihat nerakaMu
Apatah lagi berada di dalamnya
Namun dosa-dosa ini telah menghumbanku ke dalam neraka
Ya Allah
Aku tak sanggup Ya Allah
Aku takut kepadaMu
Aku takut hendak melakukan maksiat kepadaMu
Ampunkan aku Ya Allah
Aku taubat kepadamu
Maafkan aku Ya Allah

Macam mana nak tanam rasa taubat?

1. Asingkan diri dari semua orang. Pergi masjid sebaik-baiknya.

2. Kenangkan balik semua dosa-dosa yang kau pernah buat. Cuba bayangkan satu per satu sampai rasa jijik, rasa benci.

3. Perkara-perkara haram yang kau pernah buat, akhirnya akan menyesakkan dada kau.

4. Tenung diri sampailah rasa dunia terasa sempit!

5. Waktu tu akan hadir rasa taubat, rasa ingin kembali pada Allah, rasa nak bersama Allah.

6. Istighfar, istighfar dan terus istighfar.

7. Harap sungguh-sungguh kat Allah agar diampunkan segala dosa yang pernah kau buat.

Moga dengan rahmat dan kasih sayang Allah, diampunkan dosa kita semua!

Bismillahirohmanirrohim
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada kita untuk marasai nikmat udara nya bagi kita meneruskan penghidupan kita di dunia yang fana ini sebagai khalifah nya. Alhamdulillah juga aku mendapat ilham untuk menulis sesuatu, mungkin ini hikmah ujian yang Allah beri minggu ni. Sifat Amarah. Semua tahu kalau bercakap tentang marah. Dan semua tahu macam mana nak marah kan.

Sungguh aku sedih dunia ini sungguh benar bakal sampai penghujungnya. Anak muda dizaman ni kebanyakan nya tahu tentang apa yang perlu dilakukan ketika marah. Tapi mereka tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kita perlu mengatasi sifat amarah untuk menggapai Redho Allah SWT.

Thursday, April 21, 2016

Aku buntu...

Aku tidak tahu apa lagi kebaikan yang boleh aku buat di dunia ini sebelum aku melangkah ataupon masuk kealam yang lain...aku buntu...aku rasa tidak cukup lagi kebaikan yang ku buat slama ini(adakah kebaikan yang pernah kubuat)...apa yang harus kubuat untuk mencapai keredhaan illahi...Ya Allah bantulah aku...berilah petunjuk...

12/06/15
01:34 AM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...