Saturday, June 20, 2015

Peringatan

Didalam kita meniti arus akhir zaman ini..... Kita perlu kuat, untuk melawan hawa nafsu kita sendiri.  Yg sentiasa mengajak kepada perkara mungkar.. Disamping terus istiqomah dalam melakukan amal soleh. Pergunakan saki baki hidup yg tinggal ini, dgn sebaik mungkin,  kerana kematian itu pasti akan tiba pada bila2 masa.... Berbuat baik lah kepada semua makhluk. Lakukan apa sahaja yg boleh memberi kebaikan kepada org lain dgn ikhlas kerana Allah. Walau pun terpaksa menyusahkan diri demi untuk memberi kebaikan pada org lain.  Dan jangan sekali2 menyusahkan org lain demi kepentingan diri sendiri. Lakukan semua yg disuruh dan tinggalkan semua perkara yg di tegah dalam agama... Berakhlak mulia serta beruseha untuk menghapuskan mazmumah di dalam diri.  Mantapkan iman serta tingkatkan Ketaqwaan kepada Allah swt dari masa kesemasa. Perbanyakan muhasabah diri dan perbanyakan bertaubat. Berpegang teguh lah pada ajaran al Quran serta sunnah nabi saw. Dan masuklah kedalam agama islam secara menyeluruh. Semoga Allah swt, sudi memandang kita yg sangat lemah ini  dan sentiasa memberikan rahmatnya buat kita semua. 

*SHAHRUL*
*SENTIASA INGAT*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...