Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..
Minggu ini aku balik ke melaka lagi. Aku balik atas urusan TKK. Kesihtan aku agak terganggu. Demam sedikit dan selsema agak menganggu mood ku. Tak mengapa, ini ku anggap sebagai kifarah yang akan menghapus dosa dosa ku, Alhamdulillah.
Emosi ku agak terganggu pabila melihat kesihatan ibu juga tidak berapa baik. Aku risau jika terjadi apa apa pada ibu. Aku takut untuk kehilangan ibu. Di dunia ini ku hanya ada ibu, ayah dan Allah sahaja. Mereka lah tempt aku meluah segala. Ibu banyak bekorban bila ku menyambung pengajian ku. Seringkali mata ku berkaca kala mengenang segala pengorbanan ibu pada ku. Tidak lupa juga pada ayah, ayah juga banyak pengobanannya selain ibu. Ayah bekerja siang dan malam. Alhamdulillah ku lihat banyak juga perubahan ayah, ayah lebih mengambil berat tentang anak anak nya tentang ibu. Tak pelu ku cerita di sini sebelum ini bagaimana.
Fokus ku sekarng ialah, adakah aku anak yang soleh. Apa yang telah ku buat untuk membalas jasa mereka, tetlalu banyak pengorbanan mereka. Aku sedih mengenangnya(sudah mula sebak). Terlalu banyak dosaku pada mereka. Oleh yang demikian, aku mengambil langkah dengan menjaga hati mereka. Berkhidmat pada mereka dengan seikhlas hati. Menjadi driver ibu kemana saja ibu mahu pergi. Menurut segala permintaannya. Kerna itu yang akan menjadi kenangan aku bersama mereka. Aku gunakan masa cuti ku sebaik nya dengan banyak mengembirakan ibu. Seringkali aku takut, jika aku mengecilkan hati ibu, menderhaka pada ibu. Aku takut Ya Allah, aku takut. Seringkali ku berdoa supaya jadikan aku anak yng soleh.
Satu cara ku lakukan sekarang, pabila hati ku tidak tenang, aku akan memohon maaf pda mereka. Minta mereka redha kan apa shja yang aku lakukn. Kerana aku pegang pada stu kata kata "Redha Allah, bergantung pada redha Ibu dan Ayah". Aku tidak mahu menjadi anak derhaka. Aku takut akan balasan Allah pada anak derhaka. Moga aku sentiasa Istiqomah dalam perbuatanku untuk menjadi anak yang soleh.
Doakan aku.
Doakan kami ya Ibu, Ayah.
~SHAHRUL SHABIRIN~
20 DISEMBER 2015
11:42pm
No comments:
Post a Comment