Assalamua'laikum Warahmatulllahi Wabarokatuh...
Sepanjang beberapa hari aku bermusafir di kedah dan pulau pinang..banyak sungguh yang aku pelajari...Allah memberikan aku pelbagai ujian untuk mengajar aku bersabar...Banyak pengalaman yang aku dapat ..Untuk aku lebih dekat dengan Nya.. Untuk aku selalu ingat padanya.. Persekitaran disini tenang dan aman..Biasalah kampong kan...hehe.
Perjalanan aku bermula pada malam 31 August. Semasa menunggu bas di terminal bas Melaka sentral, aku menunaikan solat ishak dahulu kerana bas yang aku akan naiki lambat. Dan tidak pasti bila kunjung tibanya. Semasa disurau hati ku menjadi selembut tisu. Aku hampir menitiskan air mata melihat akan nasib seorang musafir yang duduk disurau itu. Mengikut ceritanya, beliau dari kuala lumpur. Semasa di terminal bas seremban(TBS), dia telah dirompak. Habis semua wang dan barang berharga dia diambil perompak tersebut. Tujuan dia datang ke melaka untuk bermusafir ke jika tidak silap maahad tahfiz telok mas. Masih aku ingat kata kata nya. "Dik tolong dik abg kna rompak dik" sambil menunjukkan salinan report polis yng di buat oleh nya. Tanpa berfikir panjang aku terus menolong dia. Allah ada berfirman Dalam surah Al Maidah 5:2 yang bermaksud:-
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya"
Selepas aku menolong nya lantas dia memberi aku sebotol minyak wangi. Walau menolak dia berkeras juga. Bila aku berlalu pergi aku melihat dia berdoa sambil menangis. Ternyata dia amat bersyukur dengan bantuan aku itu. Ku berdoa agar Allah tabah kan hati dia menghadapi ujian Allah pada dia itu.
Semasa dalam perjalanan ke kedah, aku mengisi kekosongan dengan mendengar ceramah ceramah yang ada di dalam gallery telefon ku ini. Aku menjadi insaf mendengar bait-bait ceramah dan hampir mengalirkan air mata walaupon sudah berulang kali ku dengar. Ceramah dari pelbagai ustaz antranya ust.Abdullah Khairi, Ust.Don Danial dan ramai lagi. Ku berazam ingin mendalami lagi ilmu agama. Aku ingin menjadi pendidik anak anak bangsa tentang Islam. Aku ingin Islam jadi macam dulu. Ku lihat kini islam sudah dipandang Enteng. Kebanyakan umat islam sekarang hanya sekadar islam di dalam IC. Selain itu aku ingin mendekatkan diri ku dengan Allah SWT. Aku ingin sentiasa mengingati Allah.
"iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (surah Ar-Ra'd ;28)
Perjalanan aku di kampung amat menyeronokan. Aku melazimi diriku solat berjemaah di Masjid. Aku juga beriktikaf di masjid itu. Ku gunakan masa ku disana untuk melihat segala ciptaan tuhan. Satu satu ku titipkan ia menjadi kenangan dan pengalaman. In Shaa Allah suatu masa nanti akan ku kembali kesana lagi..
~SHAHRUL SHABIRIN~
6 SEPTEMBER 2015
No comments:
Post a Comment